Rabu, 13 Mei 2015

Assalamualaikum ..
Kat sini aku nak cerita kisah aku yang penuh suka duka ketika bersama insan yang bernama kawan . Aku mempunyai ramai kawan yang selalu bersama dikala senang dan bergembira tapi jarang bersama diwaktu susah dan sedih . Terkadang aku berasa sungguh senang bersama mereka kerana dengan mereka sahaja tempat yg boleh aku untuk melupakan segala kesedihan yg aku alami . Memang mereka sangat penting bg hidup aku . Aku tak sanggup kehilangan mereka . Walau aku tahu mereka tak berapa suka dengan aku tapi aku tetap sayangkan mereka . Tanpa mereka aku tak tahu macamana hidup aku sampai sekarang . Dengan mereka aku kenal erti kawan . Selama 7tahun aku hidup bersama kawan-kawan seperjuangan aku terlalu banyak memori dan pengalaman pahit manis yg aku lalui sepanjang itu bersama mereka . Terlalu banyak yg aku pendam dan simpan di dalam hati . Aku sedar aku tak sempurna di mata mereka seperti kawan-kawan yg lain tapi sebabkan mereka masih sudi berkawan dgn aku aku berpura pura senang mereka dengan mereka ketika itu . Kerana perkara ni aku dapat tahu apabila aku terbaca status salah sorang drp kawan aku yg menyatakn tak puas hati dgn aku padahal aku langsung tak tahu apa yang aku telah buat pada dia . Tapi apa yg mampu aku lakukan waktu itu hanya mendiamkan diri dan berpura-pura tak tahu yg mereka telah berkata buruk tentang aku . Sebab aku sayang mereka aku diam . Beberapa tahun lepastu, aku tinggalkan mereka tanpa kata sehingga sekarang kami dah macam terputus hubungan kawan yg lama sudah terjalin . Aku mula syak sesuatu selepas aku hilang, habis group yg penang di create mereke left . Dan terbaca di moment mereka tentang group baru . Apabila aku menghantar komen kpd status mereka mereka sudah tak berminat nak balas balik .  Saat itu betapa hancurnya hati aku kerana mereka betul-betul dah singkirkan aku dari hidup mereka . Tapi aku sedar tiada sape untuk aku meluahkan rasa perit dihati ini dan aku membuat keputusan hanya memendam segalanya dalam hati biar ia terus terbuku . Aku sedar aku tak layak untuk menjadi kawan mereka . Disebabkan aku berhenti form6 terus kami lost contact . Habis semua group mereka left mereka buat baru tanpa invite aku . Di wechat di fb di instagram langsung mereka macam tak pernah kenal aku . Kalau dulu selalu like selalu komen tapi kini seperti orang asing sahaja . Sedihnya aku yg rasa . Aku tahu aku tak sebijak mereka tak sepandai mereka tak secerdik mereka utk terus bersama mereka . Aku redha dengan apa yg terjadi . Aku anggap ini qada . Segalanya telah tertulis . Aku pasrah . Aku terima dgn hati terbuka kalau aku sudah tak dpt utk berkawan dengan mereka lagi . Disebabkan itu aku tahu kawan memang senang dicari tapi SAHABAT bukanlah seseorang insan yg mudah untuk aku jumpa . Tiada lagi istilah SAHABAT dalam hidup aku Aku hanya dapat mendoakan kejayaan mereka dan kebahagiaan mereka setiap hari . . Aku sayang mereka sampai akhir hayat aku 💝